ZIARAH MAHABBAH KE SYARIKAT ENSERV SDN BHD

ZIARAH MAHABBAH KE SYARIKAT ENSERV SDN BHD

21 Oktober 2024, Petaling Jaya – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Ziarah Mahabbah kepada kakitangan Enserv Sdn Bhd.

Ziarah ini telah diketuai oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS bertujuan untuk menyantuni pewakaf-pewakaf di Enserv Sdn Bhd yang telah melaksanakan ibadah wakaf di PWS dari tahun 2014 lagi.

Selain itu, turut diadakan taklimat wakaf yang disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz sendiri bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta peranan PWS sebagai institusi wakaf di negeri Selangor.

PWS turut memberi peluang untuk kakitangan Enserv Sdn Bhd melaksanakan ibadah wakaf melalui potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.

Semoga ziarah ini dapat memberi ruang dan peluang kepada kakitangan Enserv Sdn Bhd dalam melaksanakan ibadah dan meningkatkan amalan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#enservsdnbhd

No Comments

Post A Comment