Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 7,878.31 kepada Masjid Jamiul Ehsani, Kg. Sijangkang.
Serahan cek cura tersebut telah diserahkan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS.
Sumbangan wakaf tersebut adalah untuk naik taraf ruang solat utama di masjid berkenaan.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada jemaah masjid dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments