19 Februari 2026, Putrajaya – Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk “Nafas Terhenti, Jariah Mengalir” telah berlangsung dengan pengisian ilmiah yang menekankan kepentingan wakaf sebagai legasi akhirat dan instrumen pembangunan ummah.
Forum ini menampilkan Sahibus Samahah Dato’ Dr. Haji Badli Shah bin Haji Alauddin, Timbalan Mufti Pahang serta YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor dan dimoderatorkan oleh Ustaz Mohd Hariri Mohamad Daud.
Perkongsian yang disampaikan menegaskan bahawa kehidupan bersifat sementara, namun peluang meninggalkan saham akhirat melalui wakaf terbuka luas. Wakaf bukan sekadar amalan memberi, sebaliknya membina kesinambungan pahala dan memperkasa pembangunan ummah secara berterusan.
Perbadanan Wakaf Selangor komited untuk terus mengarusperdanakan budaya wakaf sebagai instrumen ekonomi Islam yang dinamik dan berimpak tinggi.
Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Wakaf Tunai melalui platform rasmi yang disediakan:
No Comments