28 Mac 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah bertemu dengan hamba Allah yang sudi mewakafkan hartanya di 10 akhir ramadan.
Hamba Allah bernama Hajah Raja Zaharah binti Raja Sulaiman yang berumur 70 tahun telah mewakafkan hartanya berbentuk wang tunai dan diniatkan pahala wakaf tersebut kepada Allahyarham suaminya dan ahli keluarganya.
Wakaf Tunai yang beliau laksanakan sebanyak RM 10 Ribu disambut mesra oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS di kediaman rasmi Hajah tersebut di Seksyen 13, Shah Alam.
Semoga Ibadah wakaf yang dilaksanakan menjadikan jariah pahala yang berganda dan menemui malam lailatul qadar sebagaimana Firman Allah S.W.T yang bermaksud “Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan”.
Ayuh laksanakan Wakaf Tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments