28 November 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) berbesar hati mempersembahkan cenderahati sempena Hari Keputeraan DYTM Raja Muda Selangor pada 9 Disember 2025, sebagai tanda junjung kasih dan penghormatan kepada Tuanku.
Cenderahati berupa bingkai seni khat eksklusif ini telah diserahkan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS mewakili Ketua Pegawai Eksekutif PWS, dan diterima oleh Puan Salwana binti Othman, Setiausaha Sulit DYTM Raja Muda Selangor.
Penyerahan ini melambangkan komitmen PWS dalam menjunjung tinggi institusi diraja serta mengukuhkan hubungan strategik dalam memperkasakan agenda wakaf di negeri Selangor.
Semoga Tuanku sentiasa dilimpahi keberkatan, dikurniakan kesihatan berpanjangan serta terus memayungi kesejahteraan rakyat negeri ini.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments