16 Oktober 2024, Kuala Selangor – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 43 Ribu kepada Hospital Tanjung Karang (HTK) untuk Pembelian Satu Unit Mesin Hemodialisis.
Serahan cek cura telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan disambut mesra oleh, YBhg. Dr. Mohd Zamri bin Wagiman @ Saim, Pengarah HTK serta disaksikan oleh kakitangan di hospital berkenaan.
PWS juga turut mengadakan taklimat wakaf yang disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah sendiri bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf kepada kakitangan HTK.
Selain itu, Tuan Haji Anuar Hamzah dan Dr. Zamri turut menziarahi serta memberikan buah tangan kepada pesakit-pesakit yang menjalani rawatan dialisis di HTK dan memberi sijil penghargaan beserta cenderamata kepada enam orang kakitangan HTK yang telah melaksanakan ibadah wakaf melalui potongan gaji.
PWS juga turut memberi peluang kepada kakitangan HTK melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada warga HTK dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang sehingga yaumulakhirah.
Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
https://fpx.wakafselangor.gov.my
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
untuk berwakaf tunai.
—
#wakafselangor
#wakaftunai
#wakafmembangunkanummah
#indahnyaberwakaf
#andawakafkamiagih
#terimakasihPEWAKAF
#hospitaltanjungkarang
No Comments