Iftar Muhibah Kukuhkan Kerjasama Strategik PWS dan Selangor FC

Iftar Muhibah Kukuhkan Kerjasama Strategik PWS dan Selangor FC

22 Februari 2026, Petaling Jaya – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menghadiri Majlis Iftar Muhibah Selangor FC yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebagai manifestasi komitmen berterusan selaku rakan strategik dalam memperkukuh jaringan kerjasama institusi.

Majlis tersebut turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi Selangor FC yang sentiasa komited memacu kecemerlangan kelab bukan sahaja dalam arena sukan, malah dalam aspek tanggungjawab sosial dan pembangunan komuniti.

Kehadiran PWS mencerminkan aspirasi bersama untuk memperkukuh kolaborasi strategik berimpak tinggi, di samping menyemarakkan nilai kebersamaan bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

PWS optimis bahawa jalinan kerjasama ini akan terus diperkasa sebagai pemangkin kepada inisiatif kebajikan dan wakaf yang lebih progresif, inklusif dan mampan demi kesejahteraan ummah di Negeri Selangor.

No Comments

Post A Comment