25 Februari 2026, Serdang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama warga Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berlangsung di Masjid Universiti Putra Malaysia dalam suasana penuh keberkatan dan ukhuwah Ramadan.
Majlis tersebut turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Canselor UPM, sekali gus mencerminkan sokongan berterusan institusi diraja terhadap agenda pemerkasaan ilmu dan pembangunan pendidikan tinggi di Negeri Selangor.
Kehadiran PWS merupakan langkah strategik dalam memperkukuh jaringan kerjasama bersama UPM, khususnya dalam menyokong dan memperkasa inisiatif Wakaf Ilmu yang diterajui oleh Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak UPM (WAZAN). Usaha ini selaras dengan aspirasi memperluas peranan wakaf sebagai instrumen kewangan sosial Islam yang mampan dalam menyokong kelestarian pendidikan tinggi.
PWS komited untuk terus memperluas sinergi bersama institusi pengajian tinggi dalam memperkasa budaya berwakaf, sekali gus memastikan manfaatnya terus mengalir sebagai legasi berpanjangan demi pembangunan ummah dan generasi masa hadapan.
Semoga Wakaf Ilmu terus subur dan berkembang di bumi UPM.
No Comments