16 April 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) berbesar hati menerima kunjungan hormat dari Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bersama Delegasi dari Islamic Development Bank, Centre Of Excellence Kuala Lumpur (IsDB) ke PWS.
Delegasi seramai empat orang ini yang diketuai oleh Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM bersama dari IsDB iaitu Mr. Samer Elesawi, Head, Mr. Zafardjon Khotamov, Senior Halal Development Specialist dan Dr. Marco Tieman, Consultant IsBD telah disambut mesra oleh YBhg Dato’ Haji Ibrahim bin Md. Yusof, Pengerusi PWS.
Objektif utama kunjungan ini adalah menjalinkan jaringan hubungan serta peluang usahasama dan plan strategik serta pembentangan cadangan Projek Pembangunan Halal Park 2.0 di Malaysia dan inisiatif pembangunan taman halal berkonsepkan wakaf dari pihak YWM dan IsDB.
Turut meraikan dari PWS ialah Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat dan Encik Anuar Shahuddin, Pengurus Bahagian Teknologi Maklumat.
Terima kasih atas kunjungan ini dan semoga dengan perbincangan dan cadangan yang diusahakan ini dapat sama-sama membangunkan sosial ekonomi ummah melalui instrumen wakaf khususnya di negeri Selangor dan di Malaysia amnya, InshAllah.
Ayuh laksanakan Wakaf Tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments