18 Oktober 2024, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dengan kerjasama Jabatan Audit Negara Negeri Selangor (JAN) telah mengadakan bicara wakaf kepada kakitangan JAN bertempat di Wisma Audit, Selangor pagi ini.
Taklimat telah disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Korporat PWS bertujuan untuk menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat dalam memperluaskan lagi maksud “𝗣𝗲𝗻𝗰𝗲𝗻 𝗔𝗸𝗵𝗶𝗿𝗮𝘁 𝗔𝗻𝗱𝗮” kepada kakitangan JAN.
PWS turut membuka kaunter wakaf tunai disini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan peranan PWS di negeri Selangor sebagai institusi wakaf dan memberi peluang untuk kakitangan JAN melaksanakan ibadah wakaf melalui potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.
Semoga dengan taklimat ini dapat memberi ruang dan peluang kepada kakitangan JAN dalam melaksanakan ibadah dan meningkatkan amalan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments