PWS MENYANTUNI WARGA KERJA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH KLANG

PWS MENYANTUNI WARGA KERJA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH KLANG

6 Disember 2024, Klang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan taklimat wakaf serta menyantuni warga kerja Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Klang bertempat di Wisma Persekutuan Klang hari ini.

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus, Bahagian Korporat PWS.

Tujuan taklimat ini adalah rutin yang dijalankan oleh PWS bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf kepada masyarakat dan agensi-agensi kerajaan dan swasta.

Turut memberi peluang kepada warga JKM Klang melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.

Semoga taklimat ini dapat memberi manfaat dan jariah kepada warga kerja JKM Klang dalam menjaga kebajikan masyarakat di negara ini.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#jabatankebajikanmasyarakatklang

No Comments

Post A Comment