KUNJUNGAN HORMAT PWS KE JABATAN KERJA RAYA NEGERI SELANGOR

KUNJUNGAN HORMAT PWS KE JABATAN KERJA RAYA NEGERI SELANGOR

21 Januari 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor. Delegasi PWS seramai tiga orang ini diketuai oleh YBhg. Dato’ Mohd Misri bin Hj. Idris, Timbalan Pengerusi PWS bersama YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS disambut mesra oleh YBrs. Tn. Ir. Hj. Shukri bin Ishak, Pengarah JKR Selangor di Pejabat Pengarah, Seksyen 17.

Turut serta dalam kunjungan ini adalah Encik Mohd Huzairi bin Hamdan, Pengurus Bahagian Projek PWS dan Ir. Ahmad Haziq bin Shahfudin, wakil Bahagian Jalan JKR Selangor.

Intipati Kunjungan dua hala ini bertujuan untuk mengadakan perbincangan kerjasama yang boleh dijalinkan melalui konsep wakaf bersama JKR Selangor yang boleh diwujudkan agar dapat dilaksanakan seiring dengan misi dan visi PWS dalam membangunkan hartanah wakaf di negeri Selangor.

Semoga perjumpaan ini membuka ruang kerjasama antara PWS dan JKR Selangor bagi memartabatkan institusi wakaf dalam membangunkan ekonomi Islam di negeri Selangor khususnya dan di Malaysia Amnya, InshaAllah.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

Untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#mudahnyaberwakaf

#JKRSelangor

No Comments

Post A Comment