15 Mac 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan taklimat wakaf serta menyantuni warga kerja Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor hari ini.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS.
Tujuan taklimat ini adalah rutin yang dijalankan oleh PWS bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf kepada kakitangan kerajaan dan swasta serta masyarakat di negeri Selangor bagi merancakkan Bulan Wakaf Selangor.
Turut memberi peluang kepada kakitangan JPJ melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code serta gimik penyerahan Borang Potongan Gaji (SPG) dari pihak JPJ kepada Ketua Pegawai Eksekutif PWS.
Semoga taklimat ini dapat memberi manfaat dan jariah kepada warga JPJ negeri Selangor dalam meneruskan khidmat kepada masyarakat di Malaysia.
Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments