“TERUSKAN BERWAKAF DI PWS” JARIAH ANDA KAMI LAKSANAKAN

“TERUSKAN BERWAKAF DI PWS” JARIAH ANDA KAMI LAKSANAKAN

10 Mei 2024, Subang Jaya –
Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 39 Ribu kepada SRA Taman Subang Mewah.
 
Serahan cek cura tersebut telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari Pengurus Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh YBhg. Datuk Seri Paduka Wan Md. Jamal bin Md Saman, YDP PIBG SRA Subang Mewah serta disaksikan oleh Ustazah Zawiah binti Mohd Baei, Guru Besar SRA Subang Mewah.
 
Sumbangan tersebut bagi baik pulih dan naik taraf prasarana sekolah
Taklimat wakaf juga turut diadakan di sini yang disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz sendiri bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf serta merasmikan Mesyuarat PIBG Sekolah.
 
Turut dibuka kaunter wakaf tunai bagi memberi peluang kepada guru-guru dan ibu bapa melaksanakan ibadah wakaf.
 
Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada guru dan pelajar dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.
 
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
 
Layari Wakaf Selangor Online
 
 
 
 
No Comments

Post A Comment