PWS BERBESAR HATI MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI JABATAN WAKAF, ZAKAT & HAJI (JAWHAR)

PWS BERBESAR HATI MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI JABATAN WAKAF, ZAKAT & HAJI (JAWHAR)

 
 
19 Jun 2024, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) berbesar hati menerima kunjungan hormat Wakaf Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) ke Perbadanan Wakaf Selangor (PWS).
 
Delegasi seramai empat orang ini yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo, Ketua Pengarah JAWHAR dan disambut mesra oleh YBhg. Dato’Haji Ibrahim Bin Haji Md Yusuf, Pengerusi PWS.
 
Turut serta dari JAWHAR ialah Puan Azura Azreen binti Yusof, Pengarah Bahagian Wakaf, Encik Hanif bin Jamaluddin, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Wakaf dan Encik Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wakaf Malaysia (YWM).
 
Turut meraikan dari PWS ialah YBhg Dato’ Haji Mohd Misri bin Haji Idris, Timbalan Pengerusi PWS, YDM Tengku Seri Paduka Shah Bandar, Tengku Dato’ Ardy Esfandiari bin Tengku Abdul Hamid Shah Alhaj, YBrs Tuan Haji Rosli bin Ismail, YBrs Puan Hajah Nurhani Salwa binti Jamaluddin, Ahli Lembaga Pengarah PWS dan YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS.
 
Objektif utama kunjungan ini adalah untuk Perbentangan Draf Plan Induk Wakaf Nasional 2025-2030 (PIWN) dari pihak JAWHAR dan YWM dalam memastikan pengurusan wakaf yang lebih cekap serta bertukar-tukar pendapat dan idea berkaitan pembangunan sosio ekonomi melalui instrumen wakaf sebelum menghadap Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja untuk menyembah maklum dan perkenan Baginda bagi pelaksanaan PIWN 2025-2030.
 
Terima kasih atas kunjungan ini dan semoga ukhuwah kita berkekalan.
 
Ayuh laksanakan Wakaf Tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
 
Layari Wakaf Selangor Online
 
 
No Comments

Post A Comment