3 Julai 2024, Klang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) bersama delegasi dari Jabatan Zakat, Wakaf dan Haji (JAWHAR), Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) serta Majlis-Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) telah mengadakan lawatan ke tapak projek wakaf yang dilaksanakan oleh PWS di sekitar Klang.
Lawatan ini adalah salah satu agenda Bengkel Pemantapan Pengurusan Wakaf Tahun 2024 bermula 2 hingga 4 Julai 2024 bertempat di Mardhiyah Hotel & Suites, Shah Alam. Sesi ini adalah sebagai satu perkongsian dengan semua MAIN berhubung kejayaan pembangunan wakaf di negeri Selangor.
Antara tempat projek yang dilawati oleh delegasi tersebut ialah di Ladang Tanaman Rock Melon di Meru yang merupakan tanah wakaf, Kompleks Asrama Anak Yatim di Pulau Indah dan Masjid Jamek Cina Muslim di Bandar Botanic Klang.
Semoga sesi lawatan ini memberi pengalaman dan inspirasi kepada JAWHAR, YWM dan MAIN untuk sama-sama menjayakan institusi wakaf di negeri-negeri khususnya dan Malaysia Amnya agar dapat memartabatkan syiar dan ekonomi islam di masa hadapan, InshaAllah.
No Comments