18 November 2024, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor (JPJ). Delegasi PWS tiga orang ini diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS disambut mesra oleh YBhg. Dato’ Ahmad Kamarunzaman bin Mehat, Timbalan Pengarah JPJ Negeri Selangor.
Turut serta dalam kunjungan ini adalah Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS dan Encik Mohd Sapie bin Tumiran, Pembantu Eksekutif, Unit Korporat, Media dan Promosi, Bahagian Korporat PWS.
Turut serta dari JPJ Negeri Selangor adalah Ir. Ts Mohd. Affizul Ariff Bin Salim, Ketua Bahagian Kejuruteraan Automotif dan Tuan Muzlefa Bin Kamarudin, Ketua Seksyen Operasi.
Intipati Kunjungan dua hala ini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan peranan PWS dan perbincangan kerjasama yang boleh dijalinkan antara JPJ Negeri Selangor, antaranya mengadakan program penerangan wakaf kepada kakitangan JPJ Negeri Selangor yang melibatkan 654 kakitangan JPJ dan perletakan Tabung Wakaf Tunai di JPJ Negeri Selangor agar dapat dilaksanakan seiring dengan misi dan visi PWS.
Semoga perjumpaan ini membuka ruang kerjasama antara PWS dan JPJ Negeri Selangor bagi memartabatkan Institusi Wakaf dalam membangunkan ekonomi Islam di negeri Selangor khususnya dan di Malaysia Amnya, InshaAllah.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
https://fpx.wakafselangor.gov.my/
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
Untuk berwakaf tunai.
#wakafselangor
#wakaftunai
#wakafmembangunkanummah
#mudahnyaberwakaf
#jpjnegeriselangor
No Comments