22 April 2024, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah bertemu dengan hamba Allah yang sudi mewakafkan hartanya.
Hamba Allah bernama Hajah Raja Zaharah binti Raja Sulaiman yang berumur 69 tahun telah mewakafkan hartanya berbentuk wang tunai dan diniatkan pahala wakaf tersebut kepada Allahyarham suaminya dan ahli keluarganya.
Wakaf Tunai yang beliau laksanakan sebanyak RM 60 Ribu disambut mesra oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan disaksikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS di kediaman rasmi Hajah tersebut di Seksyen 13, Shah Alam.
No Comments