18 April 2024, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerahkan sumbangan Wakaf bernilai RM 45 ribu kepada Kafa Integrasi Al Hikmah, Subang Bestari sempena majlis sambutan Aidilfitri anjuran Kafa Integrasi Al Hikmah
Serahan cek cura telah disampaikan oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan disambut mesra oleh AF Ustaz Mohd Nizam bin Abu, Ketua Guru Kafa Integrasi teserbut.
Turut serta di majlis tersebut, Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS dan Encik Mohd Hafiz bin Ismail Pengurus Bahagian Kewangan PWS.
No Comments