PWS TERUS SEBARLUASKAN SUMBANGAN WAKAF FISABILILLAH RM 50,000 DI KAFA INTERGRASI AL FALAH KOTA PUTERI

PWS TERUS SEBARLUASKAN SUMBANGAN WAKAF FISABILILLAH RM 50,000 DI KAFA INTERGRASI AL FALAH KOTA PUTERI

14 Januari 2025, Gombak – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 50 Ribu kepada KAFA Integrasi Al-Falah, Kota Puteri Batu Arang.

Serahan cek cura tersebut telah disampaikan oleh AF Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh Ketua Guru dan disaksikan oleh guru-guru dan ibu bapa di Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid di sekolah berkenaan.

Sumbangan tersebut adalah bertujuan untuk membina bangunan kelas di sekolah tersebut.

PWS juga turut merasmikan Majlis Anugerah tersebut yang dirasmikan oleh AF Ustaz Ibnu sendiri serta menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf kepada guru-guru, ibu bapa dan murid-murid di sekolah tersebut.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada guru dan pelajar dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#andawakafkamiagih

#kafaialfalahkotaputeri

No Comments

Post A Comment