Kesedaran Wakaf Meningkat, Jemaah Surau Nurul Haq Ambil Peluang Berwakaf

Kesedaran Wakaf Meningkat, Jemaah Surau Nurul Haq Ambil Peluang Berwakaf

7 Mac 2026, Klang – Kesedaran masyarakat terhadap kepentingan wakaf terus menunjukkan peningkatan apabila kaunter wakaf yang dibuka oleh Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) di Surau Nurul Haq, Klang menerima sambutan yang menggalakkan daripada para jemaah bersempena program pengimarahan Ramadan yang diadakan di surau tersebut.

Usai sesi tazkirah yang disampaikan kepada para jemaah, ramai jemaah mengambil peluang untuk menunaikan wakaf secara terus melalui kaunter wakaf yang disediakan sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan institusi agama serta kebajikan ummah.

Sambutan yang diterima mencerminkan peningkatan kefahaman masyarakat terhadap wakaf sebagai amalan sedekah jariah yang berterusan serta instrumen pembangunan sosioekonomi ummah yang memberi manfaat jangka panjang kepada komuniti.

PWS akan terus mempergiat usaha advokasi wakaf melalui pendekatan komuniti dengan memperluas program turun padang di masjid dan surau, selaras dengan aspirasi memperkukuh ekosistem wakaf negeri yang progresif, mampan dan berimpak tinggi.

Ayuh bersama merebut keberkatan Ramadan dengan berwakaf, kerana setiap sumbangan adalah saham akhirat yang manfaatnya terus mengalir demi kesejahteraan ummah.

 

No Comments

Post A Comment