24 Februari 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) berbesar hati menerima kunjungan hormat dari Universiti Islam Selangor (UIS). Delegasi seramai tiga orang ini yang diketuai oleh Dr. Latifa Bibi Musafar Hameed, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan, Jaringan Komuniti dan Industri UIS, merangkap Ketua Jawatankuasa Pemandu Universiti Wakaf disambut mesra oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS.
Turut hadir dari UIS aialah Encik Ahmad Fatin Ketua Pengawai Eksekuti, Yayasan KUIS dan Encik Mohammad Ehsan, Ketua Pegawai Operasi Yayasan KUIS.
Turut Serta dari PWS ialah Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS.
Objektif utama kunjungan ini adalah menjalinkan jaringan hubungan serta peluang usahasama dan plan strategik bagi membangunkan universiti wakaf di negeri Selangor melalui konsep Wakaf Ilmu.
Terima kasih atas kunjungan ini dan semoga ukhuwah kita berkekalan.
Ayuh laksanakan Wakaf Tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments