Kuliah Maghrib dan Kaunter Wakaf PWS di Surau Al-Amin Shah Alam

Kuliah Maghrib dan Kaunter Wakaf PWS di Surau Al-Amin Shah Alam

24 Januari 2026, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus mempergiat usaha mendekati masyarakat melalui pendekatan ilmu dan dakwah menerusi penganjuran Kuliah Maghrib di Surau Al-Amin, Taman Desa Alam Seksyen U12.

Kuliah telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hafizuddin Mohamad Sharil, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan PWS yang menekankan kepentingan wakaf sebagai amalan berterusan serta instrumen pembangunan ummah yang mampan dan berimpak tinggi. Penyampaian yang bersifat praktikal dan menyentuh realiti semasa berjaya meningkatkan kefahaman para jemaah terhadap peranan wakaf dalam kehidupan seharian.

Bagi memudahkan penyertaan masyarakat, kaunter wakaf turut dibuka bagi memberi ruang kepada para jemaah mendapatkan penerangan lanjut serta menunaikan wakaf secara langsung.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen PWS dalam mengarusperdanakan wakaf melalui gabungan ilmu, kesedaran dan kemudahan akses agar manfaat wakaf dapat diperluas secara strategik di peringkat komuniti.

Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Wakaf Tunai melalui platform rasmi yang disediakan:

🔗 https://fpx.wakafselangor.gov.my/
🔗 https://infaqpay.my/go/wakafselangor

No Comments

Post A Comment