Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menganjurkan Kuliah Maghrib Khas di Masjid Al Husna, Bandar Sunway pada 31 Mei 2026 sebagai sebahagian daripada usaha memperluaskan kefahaman masyarakat mengenai wakaf.
Kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad Sharil itu memberi penekanan terhadap peranan wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah yang menyumbang kepada sektor kebajikan, pendidikan, kesihatan dan ekonomi masyarakat Islam.
Program ini turut menggalakkan jemaah menghayati amalan wakaf sebagai sedekah jariah yang berterusan manfaatnya.
No Comments