Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) meneruskan usaha memperluas kefahaman masyarakat mengenai ibadah wakaf menerusi penganjuran Kuliah Maghrib Khas di Masjid Al-Islah, Kampung Sawah, Kuala Langat pada 16 September 2026.
Program ini memberi penekanan terhadap kelebihan wakaf sebagai amal jariah yang manfaatnya berterusan, di samping menggalakkan masyarakat memahami serta melazimi amalan wakaf dalam kehidupan seharian.
Penganjuran Kuliah Maghrib Khas merupakan antara inisiatif berterusan PWS dalam mendekati masyarakat melalui platform masjid dan institusi agama.
Pendekatan ini menjadi medium penting untuk menyampaikan kefahaman berkaitan wakaf secara langsung kepada masyarakat, khususnya mengenai peranan wakaf sebagai instrumen kebajikan dan pembangunan ummah.
Kuliah Maghrib Khas di Masjid Al-Islah, Kampung Sawah telah disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar.
Pengisian kuliah memberi penekanan terhadap keistimewaan wakaf sebagai amal jariah yang terus memberikan manfaat, selain mengajak para jemaah untuk membudayakan amalan wakaf dalam kehidupan.
Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran serta kefahaman para jemaah mengenai kepentingan ibadah wakaf dan manfaatnya kepada masyarakat secara berterusan.
Penganjuran program seumpama ini turut memperkukuh usaha PWS dalam menyampaikan mesej wakaf secara lebih dekat dengan komuniti setempat serta menyemai budaya berwakaf dalam kalangan masyarakat.
No Comments