Pada 14 Februari 2026, bersempena Bulan Wakaf Selangor, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dengan kerjasama Masjid Kariah Batu 3 Jalan Bangi Semenyih telah menganjurkan Kuliah Maghrib Perdana bertajuk “Indahnya Berwakaf” sebagai inisiatif strategik memperluas kefahaman serta menyemarakkan budaya wakaf dalam kalangan masyarakat.
Kuliah telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad Sharil, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan PWS. Penyampaian beliau menekankan bahawa wakaf bukan sekadar amalan kebajikan, bahkan merupakan legasi berimpak tinggi yang membina kekuatan ummah secara berterusan dan menyumbang kepada pembangunan sosial yang mampan.
Pengisian yang penuh penghayatan tersebut menyeru setiap individu agar merebut peluang menjadi penyumbang kepada saham akhirat yang berpanjangan, selaras dengan aspirasi menjadikan wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah yang progresif dan inklusif.
Program ini mencerminkan komitmen berterusan PWS dalam mendekatkan konsep dan amalan wakaf kepada masyarakat melalui pendekatan ilmu serta penglibatan komuniti setempat.
Turut diadakan sesi penerangan berkaitan inisiatif wakaf semasa bagi memberi ruang kepada jemaah mendapatkan maklumat lanjut mengenai peranan dan impak wakaf dalam pembangunan ummah. Wakaf merupakan pelaburan jangka panjang yang membina legasi ilmu serta manfaat berterusan kepada generasi akan datang. Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Wakaf Tunai melalui platform rasmi yang disediakan bagi memastikan kesinambungan agenda pembangunan dan kebajikan.
Sumbangan Wakaf Tunai boleh dilaksanakan secara dalam talian melalui:
🔗 https://fpx.wakafselangor.gov.my/
🔗 https://infaqpay.my/go/wakafselangor
No Comments