Jemaah Masjid At-Taqwa Tampil Proaktif, Wakaf Tunai Lonjak Semangat Ramadan

Jemaah Masjid At-Taqwa Tampil Proaktif, Wakaf Tunai Lonjak Semangat Ramadan

28 Februari 2026, Kuala Langat – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menganjurkan Kuliah Subuh bertajuk “Hiasi Ramadan Dengan Berwakaf” di Masjid At-Taqwa, Pekan Banting bersempena Bulan Wakaf Selangor.

Kuliah yang sarat dengan pengisian rohani dan strategik itu menekankan wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah yang lestari serta sedekah jariah yang berterusan. Penekanan khusus diberikan kepada kelebihan memperbanyakkan amalan wakaf dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Sejurus selesai kuliah, kaunter wakaf PWS menyaksikan penyertaan jemaah yang amat menggalakkan apabila ramai tampil secara proaktif dan bersegera menunaikan Wakaf Tunai, sekali gus mencerminkan momentum kesedaran yang semakin kukuh dalam kalangan masyarakat.

Sambutan positif ini memperlihatkan keberkesanan pendekatan advokasi berteraskan ilmu dalam memacu tindakan nyata serta menyemarakkan budaya berwakaf di peringkat komuniti.

PWS komited untuk terus memperluas inisiatif turun padang sebagai strategi memperkukuh ekosistem wakaf yang progresif dan mampan di Negeri Selangor.

Bersama kita hidupkan Ramadan dengan amalan wakaf demi legasi manfaat yang berpanjangan.

 

 

 

 

 

No Comments

Post A Comment