PWS Anjur Kuliah Subuh di Surau Al Jannah Semarak Tahun Baharu 2026

PWS Anjur Kuliah Subuh di Surau Al Jannah Semarak Tahun Baharu 2026

1 Januari 2026, Bandar Rimbayu – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) memulakan tirai Tahun Baharu 2026 dengan penganjuran Kuliah Subuh di Surau Al Jannah, Bandar Rimbayu sebagai usaha memperluas kesedaran wakaf dalam kalangan masyarakat.

Kuliah telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar yang menekankan kepentingan memulakan tahun baharu dengan memperbanyakkan amal soleh serta menjadikan wakaf sebagai pelaburan pahala yang berterusan.

Seiring dengan pengisian ilmu tersebut, kaunter wakaf turut dibuka bagi memberi peluang kepada para jemaah mendapatkan maklumat serta melaksanakan wakaf tunai secara langsung.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan PWS dalam menyemai budaya wakaf sebagai gaya hidup dan instrumen pembangunan ummah yang mampan sejak awal tahun.

Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Wakaf Tunai melalui platform rasmi yang disediakan:

🔗 https://fpx.wakafselangor.gov.my
🔗 https://infaqpay.my/go/wakafselangor

No Comments

Post A Comment