Kuliah Subuh Wakaf Perkukuh Akidah Ummah di Masjid Diraja Sultan Suleiman

Kuliah Subuh Wakaf Perkukuh Akidah Ummah di Masjid Diraja Sultan Suleiman

Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) meneruskan usaha pengimarahan institusi agama melalui penganjuran Kuliah Subuh di Masjid Diraja Sultan Suleiman, Klang pada 1 Mei 2026 dengan penekanan terhadap pengukuhan akidah dan peranan wakaf dalam pembangunan ummah.

Program Kuliah Subuh ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan PWS dalam memperkasa kefahaman masyarakat terhadap konsep wakaf sebagai instrumen pembangunan mampan serta menyuburkan budaya ilmu dalam kalangan umat Islam.

Kuliah telah disampaikan oleh Ustaz Sufian Assauri bin Omar yang mengupas kepentingan akidah sebagai asas kehidupan seorang Muslim. Beliau turut menekankan peranan wakaf sebagai medium kebajikan berterusan yang mampu menjamin kelestarian pembangunan ummah dari sudut sosial dan ekonomi.

Pelaksanaan program ini berjaya meningkatkan kesedaran jemaah terhadap kepentingan wakaf sebagai amalan jariah serta memperkukuh penghayatan agama dalam kehidupan seharian. Ia juga menyumbang kepada pengimarahan masjid sebagai pusat penyebaran ilmu.

No Comments

Post A Comment