Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menganjurkan Kuliah Wakaf Khas di Masjid Jamiul Muhammadiah, Kampung Kuantan, Kuala Selangor sebagai usaha memperkukuh kefahaman masyarakat mengenai konsep, kepentingan dan manfaat wakaf.
Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan PWS dalam memperluas pendidikan wakaf serta meningkatkan penyertaan masyarakat dalam amalan wakaf tunai.
Kuliah telah disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar. Turut diadakan ialah pembukaan Kaunter Wakaf PWS bagi memberi peluang kepada orang ramai menunaikan wakaf tunai serta mendapatkan penerangan mengenai pelbagai inisiatif wakaf yang dilaksanakan oleh PWS.
Program ini berjaya meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah di samping menggalakkan budaya berwakaf dalam kalangan komuniti setempat.
No Comments