Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menganjurkan Kuliah Wakaf Khas di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya bagi meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai konsep dan kepentingan wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah.
Penganjuran kuliah ini merupakan sebahagian daripada usaha pendidikan wakaf PWS bagi menyemarakkan budaya berwakaf dan menggalakkan penyertaan masyarakat dalam wakaf tunai.
Kuliah telah disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin Mohamad Sharil. PWS turut membuka Kaunter Wakaf bagi membolehkan orang ramai menunaikan wakaf tunai serta mendapatkan maklumat mengenai projek-projek wakaf yang sedang dan akan dilaksanakan.
Program ini berjaya memperkukuh kefahaman masyarakat mengenai manfaat wakaf serta meningkatkan keyakinan orang ramai untuk menyumbang kepada pembangunan ummah melalui instrumen wakaf.
No Comments