30 November 2025, Klang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus memperkasa agenda literasi wakaf melalui penganjuran Kuliah Dhuha yang akan berlangsung di Dewan Solat Masjid Bandar Bukit Raja.
Kuliah istimewa ini akan disampaikan oleh Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif, Unit Kutipan dan Agihan PWS menerusi tajuk penuh pengisian: “Fiqh Memberi: Wakaf Solusinya”
Program ini memberi ruang kepada masyarakat memahami hikmah memberi, keberkatan berkongsi, dan bagaimana wakaf menjadi solusi berterusan dalam pembangunan ummah.
Turut dibuka Kaunter Wakaf PWS bagi memberi peluang kepada para jemaah menyertai amalan wakaf secara mudah dan teratur.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments