PWS TERIMA SUMBANGAN WAKAF TUNAI KORPORAT DARIPADA KUMPULAN HARTANAH SELANGOR BERHAD

PWS TERIMA SUMBANGAN WAKAF TUNAI KORPORAT DARIPADA KUMPULAN HARTANAH SELANGOR BERHAD

16 April 2025 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menerima sumbangan Wakaf Tunai Korporat daripada Kumpulan Hartanah Selangor Berhad  (KHSB) berjumlah RM10,000 bertempat di Pejabat KHSB, Acappella Residences, Seksyen 13, Shah Alam pagi ini.

Penyampaian serahan Replika Cek sumbangan disempurnakan oleh Encik Edi Zuhri Bin Abd Rahim, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KHSB dan disambut mesra oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS.

Di dalam majlis tersebut, PWS juga turut  berkongsi maklumat berkenaan peranan PWS sebagai sebuah institusi wakaf di Selangor. Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan berkenaan Wakaf  Tunai Korporat, perancangan dan hala tuju pembangunan hartanah, ekonomi dan sosial ummah melalui konsep wakaf agar dapat dilaksanakan seiring dengan misi dan visi PWS.

Turut serta dalam majlis tersebut ialah Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS dan Encik Mohd Sapie bin Tumiran, Pembantu Eksekutif, Unit Korporat, Media dan Promosi PWS.

PWS menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga kerja KHSB di atas sokongan dalam melaksanakan ibadah wakaf ini.        

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunaikorporat

#wakafmembangunkanummah

No Comments

Post A Comment