15 Januari 2025 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menerima sumbangan Wakaf Tunai Korporat dari Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) berjumlah RM5,000 bertempat di Pejabat PWS.
Penyampaian serahan Cek sumbangan disempurnakan oleh Saudara Mohd Mirza bin Kamarudin, Eksekutif Kanan, Komunikasi Korporat KSSB dan disambut oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS serta disaksikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS.
PWS menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga kerja KSSB di atas sokongan dalam melaksanakan ibadah wakaf ini.
Semoga ibadah wakaf ini menjadikan jariah yang mengalir kepada warga kerja KSSB sehingga yaumulakhirah.
Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments