5 Februari 2026, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menerima kunjungan hormat daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) yang melibatkan delegasi seramai sembilan (9) orang dalam satu sesi pertemuan strategik.
Delegasi MAIDAM diketuai oleh YM Tengku Muhamad Hafiz bin Tengku Hashim Badli, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Mal), MAIDAM. Kunjungan tersebut telah disambut oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS mewakili pihak pengurusan.
Pertemuan ini menjadi platform penting bagi pertukaran pandangan, perkongsian amalan terbaik serta perbincangan ke arah pengukuhan tadbir urus wakaf dan pengurusan harta Islam secara lebih sistematik, bersepadu dan lestari.
Perbincangan yang berlangsung dalam suasana profesional ini mencerminkan komitmen bersama kedua-dua institusi dalam memperkasa peranan wakaf sebagai pemacu pembangunan sosioekonomi ummah selaras dengan keperluan semasa dan cabaran masa hadapan.
PWS menghargai kesudian pihak MAIDAM dalam menjayakan kunjungan ini dan berharap jalinan kerjasama yang terjalin akan terus diperkasakan demi manfaat jangka panjang kepada pembangunan wakaf dan kesejahteraan masyarakat.
No Comments