Kunjungan Hormat Pusat Zakat dan Wakaf UNITEN ke Perbadanan Wakaf Selangor

Kunjungan Hormat Pusat Zakat dan Wakaf UNITEN ke Perbadanan Wakaf Selangor

Pada 16 Februari 2026, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menerima kunjungan hormat daripada Pusat Zakat dan Wakaf, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dalam satu sesi pertemuan strategik yang bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama institusi wakaf berasaskan ilmu.

Delegasi UNITEN diketuai oleh Encik Mohd Husin bin Talib, Pengarah Pusat Zakat dan Wakaf UNITEN bersama Encik Mohd Zakaria bin Mohd Yahya, Pegawai Wakaf Ilmu UNITEN. Kehadiran delegasi telah disambut oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat serta Puan Anis Amirah binti Mohd Kifly, Eksekutif Unit Korporat, Media dan Promosi PWS.

Kunjungan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh sinergi strategik serta membincangkan potensi pembangunan dan pemerkasaan Wakaf Ilmu sebagai instrumen utama dalam memperluaskan akses pendidikan dan pembangunan modal insan.

Sebagai sebuah institusi Wakaf Ilmu yang berkolaborasi bersama PWS, UNITEN memainkan peranan signifikan dalam memperkasa agenda wakaf pendidikan selaras dengan aspirasi membina ekosistem wakaf yang mampan, berimpak tinggi dan memberi manfaat berpanjangan kepada ummah.

PWS menghargai kunjungan ini dan komited untuk terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama rakan institusi dalam memacu transformasi wakaf sebagai pemangkin kecemerlangan pendidikan dan kesejahteraan masyarakat.

Bersama, kita bangunkan legasi wakaf berteraskan ilmu.

No Comments

Post A Comment