20 Februari 2026, Kuala Lumpur – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan kunjungan hormat rasmi ke Ibu Pejabat Bank Islam Malaysia Berhad sebagai langkah memperkukuh sinergi strategik bersama institusi kewangan Islam.
Delegasi PWS diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, Pengerusi PWS, bersama YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif serta barisan pengurusan. Delegasi telah disambut oleh Puan Sharifah Sarah binti Syed Mohamed Tahir, Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Bank Islam Malaysia Berhad bersama pengurusan Bank Islam.
Pertemuan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan dua hala serta meneroka potensi kolaborasi khususnya dalam pembangunan wakaf korporat dan inovasi kewangan Islam. Inisiatif ini selaras dengan komitmen PWS untuk memperluaskan ekosistem wakaf sebagai instrumen pembangunan sosioekonomi ummah yang mampan dan berimpak tinggi.
No Comments