30 Januari 2026, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan kunjungan hormat ke KDEB Waste Management Sdn. Bhd. sebagai langkah strategik memperkukuh hubungan kerjasama antara institusi wakaf dan pemain industri, khususnya dalam meneroka potensi sinergi ke arah kelestarian, tadbir urus mampan dan kesejahteraan masyarakat.
Delegasi PWS diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, Pengerusi PWS dan telah disambut oleh YBhg. Dato’ Haji Ramli bin Mohd Tahir, Pengarah Urusan KDEB Waste Management Sdn. Bhd. Turut hadir ialah Encik Mohd Huzairi bin Hamdan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS serta Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS. Pihak KDEB turut diwakili oleh Puan Hajah Mahfuzah binti Muhamad Tarmizi, Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat.
Pertemuan ini menjadi platform pertukaran pandangan yang konstruktif melibatkan potensi kerjasama strategik, penerokaan inisiatif bersama serta pengintegrasian elemen wakaf dalam agenda kelestarian dan tanggungjawab sosial korporat. Inisiatif ini selari dengan aspirasi pembangunan mampan dan usaha memperkasa ekosistem sosial serta alam sekitar.
PWS komited untuk terus memperkukuh jaringan kolaborasi bersama sektor industri dalam memastikan wakaf kekal relevan sebagai instrumen pembangunan ummah yang inklusif dan berimpak tinggi.
Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Wakaf Tunai melalui platform rasmi yang disediakan:
No Comments