KUNJUNGAN HORMAT PERBADANAN WAKAF SELANGOR KE PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

KUNJUNGAN HORMAT PERBADANAN WAKAF SELANGOR KE PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

14 Februari 2024, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Delegasi PWS seramai enam orang ini diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Ibrahim bin Haji Md. Yusof, Pengerusi PWS dan disambut mesra oleh Y.B Dato’ Setia Haji Haris Bin Kasim, Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bertempat di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pagi ini.
 
Turut serta dalam kunjungan ini adalah YBhg. Dato’ Haji Mohd Misri bin Haji Idris, Timbalan Pengerusi PWS, YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS, Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS, Encik Mohd Sapie bin Tumiran, Pembantu Eksekutif, Unit Korporat, Media dan Promosi PWS dan Encik Muhammad Aidil bin Khairuddin, Pembantu Eksekutif PWS.
 
Kunjungan dua hala ini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan peranan PWS serta perbincangan dan kerjasama yang boleh dijalinkan antara kedua-dua pihak bagi meraikan dan merancakkan Bulan Wakaf Selangor, turut dicadangkan satu kerjasama dijalankan melalui taklimat bulanan bersama YAB Dato’ Menteri Besar Selangor dan melancarkan gimik menandatangani atau mengisi borang potongan gaji bersama YAB M.B, Dato’ SUK dan juga Pegawai Daerah serta Dato’ Bandar ketika program perhimpunan bulanan kelak agar dapat dilaksanakan bagi memartabatkan syiar dan ekonomi islam di Negeri Selangor.
 
Semoga perjumpaan ini membuka ruang kerjasama antara PWS dan Kerajaan Negeri Selangor di masa hadapan.
 
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
 
No Comments

Post A Comment