27 Januari 2026, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menerima kunjungan hormat daripada Wakaf Pahang, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sebagai platform memperkukuh hubungan strategik serta perkongsian amalan terbaik dalam pengurusan wakaf.
Delegasi Wakaf Pahang diketuai oleh YBhg. Dr. Haji Mohd Azmi bin Haji Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Wakaf Pahang bersama Ustaz Mohd Farid bin Mohd Ramly, Ketua Bahagian Korporat, Dakwah dan Pemasaran Wakaf Pahang.
Kehadiran delegasi telah disambut oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS serta Encik Mohd Huzairi bin Hamdan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS. Turut serta ialah Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS dan Encik Mohd Nasoha bin Jaiman, Pengurus Bahagian Pengurusan PWS.
Pertemuan ini menjadi wadah pertukaran pandangan, perkongsian pengalaman serta pengukuhan sinergi antara institusi wakaf negeri dalam usaha memperkasakan ekosistem wakaf secara lebih tersusun, inovatif dan mampan demi manfaat ummah.
PWS komited untuk terus memperluas jaringan kerjasama strategik bersama institusi wakaf di peringkat nasional bagi memartabatkan wakaf sebagai instrumen pembangunan sosioekonomi umat Islam yang berimpak tinggi dan berdaya tahan.
No Comments