KUNJUNGAN HORMAT PERBADANAN WAKAF SELANGOR KE MENTERI BESAR SELANGOR (PEMERBADANAN)

KUNJUNGAN HORMAT PERBADANAN WAKAF SELANGOR KE MENTERI BESAR SELANGOR (PEMERBADANAN)

16 Februari 2024, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI. Delegasi PWS seramai tiga orang ini diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hazmah bin Tohar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan disambut mesra oleh YBrs Tuan Haji Saipolyazan bin M. Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif MBI dan Encik Ahmad Rosly Bin Ahiar, Ketua Sumber Manusia dan Pentadbiran MBI bertempat di Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam.
 
Turut serta dalam kunjungan ini adalah Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS dan Encik Mohd Sapie bin Tumiran, Pembantu Eksekutif, Unit Korporat, Media dan Promosi PWS.
Kunjungan dua hala ini bertujuan untuk ucapan tahniah di atas perlantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MBI yang baru serta perbincangan dan kerjasama yang boleh dijalinkan antara kedua-dua pihak bagi meraikan dan merancakkan Bulan Wakaf Selangor.
 
Selain itu, turut diketengahkan berkenaan wakaf tunai korporat, galakan kakitangan MBI dan anak syarikat untuk melaksanakan ibadah Wakaf Tunai melalui konsep potongan gaji dan secara tunai terus agar dapat dilaksanakan bagi memartabatkan syiar dan ekonomi Islam di Negeri Selangor.
 
Semoga perjumpaan ini membuka ruang kerjasama antara PWS dan MBI di masa hadapan.
 
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
untuk berwakaf tunai
 
 
No Comments

Post A Comment