KUNJUNGAN HORMAT PWS KE MENARA LEMBAGA TABUNG HAJI

KUNJUNGAN HORMAT PWS KE MENARA LEMBAGA TABUNG HAJI

11 November 2024, Kuala Lumpur – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Lembaga Tabung Haji. Delegasi PWS Enam orang ini diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Ibrahim bin Md. Yusof, Pengerusi PWS bersama YBhg. Dato’ Haji Mohd Misri bin Haji Idris, Timbalan Pengerusi PWS disambut mesra oleh YBrs. Tuan Syed Hamadah bin Syed Othman, Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif TH.
 
Turut serta dalam kunjungan ini adalah YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS, Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS, Encik Mohd Sapie bin Tumiran, Pembantu Eksekutif, Unit Korporat, Media dan Promosi, Bahagian Korporat PWS dan Encik Mohamad Aidil bin Khairuddin, Pembantu Eksekutif PWS.
 
Turut serta dari TH adalah Puan Nazzahatol Azura bt. Aziz, Pengurus Besar Perancangan Korporat & Strategik dan Tuan Haji Imran b. Mohammad Khayat, Pengurus Besar Bahagian Shariah.
 
Intipati Kunjungan dua hala ini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan peranan PWS dan perbincangan kerjasama yang boleh dijalinkan antara TH bagi pembangunan hartanah wakaf di negeri Selangor, ekonomi dan sosial masyarakat ummah melalui konsep wakaf agar dapat dilaksanakan seiring dengan misi dan visi PWS.
 
Semoga perjumpaan ini membuka ruang kerjasama antara PWS dan TH bagi memartabatkan Institusi Wakaf dan Haji dalam membangunkan ekonomi Islam di negeri Selangor khususnya dan di Malaysia Amnya, InshaAllah.
 
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
 
No Comments

Post A Comment