22 Mac 2024, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Pejabat YAB Dato’ Menteri Besar Selangor telah melancarkan kempen “Mudahnya Berwakaf” di Majlis Mahabbah Ramadhan Madani Dato’ Menteri Besar bersama-sama Penjawat Awam Negeri Selangor Tahun 2024 bertempat di Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz pagi ini.
Atucara majlis dimulakan dengan nyayian lagu Negeri Selangor dan Negaraku, bacaan doa, tazkirah ramadhan yang disampaikan oleh Dr. Abu Hafiz Salleh Hudin, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Qur’an dan Sunnah UIAM, seterunya majlis pelancaran kempen “Mudahnya Berwakaf” yang dilancarkan melalui gimik menandatangani borang potongan gaji oleh YAB Dato’ Seri Amiruddin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor dan YB Dato’ Setia Haji Haris bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor serta disaksikan oleh YBhg. Dato’ Haji Ibrahim Bin Md Yusuf, Pengerusi PWS, YBhg. Dato’ Haji Misri bin Haji Idris, Timbalan Pengerusi PWS dan YB Dato’ Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Pegawai Kewangan Negeri Selangor.
Majlis tersebut bertujuan untuk mengajak dan memperkenalkan kaedah berwakaf serta menggalakkan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, penjawat awam negeri, agensi dan anak syarikat kerajaan negeri untuk melaksanakan ibadah wakaf sempena merancakkan dan meraikan Bulan Wakaf negeri Selangor.
No Comments