PWS BERBESAR HATI MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

PWS BERBESAR HATI MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

26 Jun 2024, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) berbesar hati menerima kunjungan hormat dari Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) ke Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) pagi ini.
 
Delegasi seramai sepuluh orang ini yang diketuai oleh YBhg. Tuan Haji Nasri bin Md. Ali, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ dan disambut mesra oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS.
 
Turut serta dari MAINJ ialah YBhg. Dato’ Haji Noh bin Ibrahim, Tuan Haji Ramly bin Jusoh,Ahli MAINJ, YBhg. Tuan Haji Azman bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Zakat, Wakaf dan Baitulmal, YBrs Ustaz Nur Asyaf bin Hashim, Penolong Pengarah Wakaf, YBrs Encik Mohammad Aili Elfiq bin Rosli, Pegawai Tadbir Unit Tanah dan YBrs Ustaz Mohd Firdaus bin Omar, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam.
 
Objektif utama kunjungan ini adalah untuk saling bertukar-tukar pendapat dan idea berkaitan pembangunan sosio ekonomi melalui instrumen wakaf dan PWS juga berkongsi pengalaman mengenai pengurusan aset serta agihan manfaat wakaf yang dilaksanakan di Negeri Selangor.
 
Terima kasih atas kunjungan ini dan semoga ukhuwah kita berkekalan.
 
Ayuh laksanakan Wakaf Tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
 
Layari Wakaf Selangor Online
No Comments

Post A Comment