PWS Hadir Majlis Aidilfitri Perkukuh Jaringan Strategik

PWS Hadir Majlis Aidilfitri Perkukuh Jaringan Strategik

3 April 2026, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menghadiri Majlis Santunan Aidilfitri anjuran YB Najwan Halimi, Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik di Shah Alam dalam suasana penuh kemeriahan dan ukhuwah. Majlis tersebut turut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor, sekali gus mencerminkan sokongan berterusan kepimpinan negeri terhadap usaha memperkukuh hubungan antara agensi dan masyarakat.

Kehadiran PWS ke majlis ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperluas jaringan strategik serta memperkukuh kolaborasi bersama pemegang taruh, di samping membuka ruang interaksi yang lebih erat dalam memperkasa agenda wakaf di Negeri Selangor. Platform seumpama ini turut menyumbang kepada pengukuhan silaturahim serta penerokaan peluang kerjasama yang lebih dinamik pada masa hadapan.

No Comments

Post A Comment