PWS DIJEMPUT MENGHADIRI UNTUK MERASMIKAN MAJLIS APRISIASI SRA HARMONI SEKINCHAN

PWS DIJEMPUT MENGHADIRI UNTUK MERASMIKAN MAJLIS APRISIASI SRA HARMONI SEKINCHAN

14 Januari 2025, Sabak Bernam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah dijemput untuk menghadiri dan merasmikan Majlis Aprisiasi SRA Harmoni, Sekinchan.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS mewakili Ketua Pegawai Eksekutif PWS serta di saksikan oleh YDP PIBG, Guru Besar, guru-guru dan ibu bapa yang hadir pada majlis tersebut.

SRA Harmoni adalah antara 69 institusi di negeri Selangor yang menerima sumbangan wakaf Fisablillah dari PWS pada tahun 2024 yang lalu sebanyak RM 45 Ribu untuk baik pulih dan naik taraf bangunan di sekolah tersebut.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada warga SRA Harmoni  dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang sehingga yaumulakhirah

Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#andawakafkamiagih

#terimakasihPEWAKAF

#sraharmonisekinchan

No Comments

Post A Comment