DYMM SULTAN SELANGOR BERKENAN MENERIMA SUMBANGAN WAKAF RM401,986.55 DAN PENYERAHAN REPLIKA KUNCI BAS KLINIK PERGIGIAN BERGERAK WAKAF SELANGOR MUAMALAT

DYMM SULTAN SELANGOR BERKENAN MENERIMA SUMBANGAN WAKAF RM401,986.55 DAN PENYERAHAN REPLIKA KUNCI BAS KLINIK PERGIGIAN BERGERAK WAKAF SELANGOR MUAMALAT

3 Mac 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menerima sumbangan wakaf bernilai RM401,986.55 yang telah disempurnakan akad dihadapan DYMM Sultan Selangor ketika Majlis Ihya’ Ramadhan pada tahun ini di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Daripada jumlah tersebut, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melalui Datuk Bandar MBSA telah menyerahkan cek cura kepada DYMM Sultan Selangor berjumlah RM50,000.00 dan ianya adalah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama yang melazimi ibadah wakaf melalui Wakaf Tunai Korporat PBT. Dalam masa yang sama, Tabung Infaq Jariah Umat Islam Negeri Selangor (TIJARI) turut menyerahkan cek cura kepada DYMM Sultan Selangor melalui Pengarah JAIS dengan jumlah RM351,986.55 bagi tujuan Pembangunan Pendidikan TIJARI.

Selain itu, Wakaf Selangor Muamalat (WSM) menyerahkan Replika Kunci Klinik Pergigian Bergerak kepada Fakulti Pergigian Universiti Malaya yang disaksikan oleh DYMM Sultan Selangor. PWS telah menjalinkan hubungan kerjasama dengan pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) sejak tahun 2012. Klinik pergigian bergerak ini adalah inisiatif WSM bagi memastikan jariah pewakaf dapat dipanjangkan serta memberi manfaat kepada pesakit-pesakit yang akan menerima rawatan gigi di sini.

“Menurut Anuar Hamzah Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYMM Sultan Selangor telah berkenan mencemar duli menerima menghadap pewakaf dan juga menerima sumbangan wakaf yang telah diserahkan”

“PWS menzahirkan penghargaan terima kasih tidak terhingga kepada pewakaf yang telah melaksanakan Ibadah Wakaf ini, khususnya dalam bulan yang mulia iaitu Bulan Ramadhan. Dengan dimulai oleh MBSA yang telah melaksanakan ibadah wakaf ini, saya mengharapkan agar PBT yang lain dapat turut serta dalam berwakaf ini InsyaALLAH’

“Dalam bulan yang mulia ini juga adalah Bulan Wakaf Negeri Selangor, PWS menyeru kepada semua masyarakat khususnya di Negeri Selangor untuk melazimi Ibadah Wakaf yang merupakan satu amalan yang dituntut dan menjamin ganjaran pahala yang berterusan.”

Ayuh berwakaf tunai! Sumbangan Wakaf kini lebih mudah dan pantas melalui laman web PWS:

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

#wakafselangor #wakafmembangunkanummah #bulanwakafselangor #satuwakafsejutamanfaat #wakafselangormuamalat #MBSA #JAIS

No Comments

Post A Comment