Pada 1 Jun 2026, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Kuliah Maghrib Khas di Masjid Nurul Hasanah, Kuala Selangor yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar.
Program tersebut memberi pendedahan kepada jemaah mengenai kelebihan wakaf serta kepentingannya dalam pembangunan institusi agama dan kesejahteraan masyarakat.
Selain sesi kuliah, kaunter wakaf turut disediakan bagi memudahkan jemaah menyertai amalan wakaf dan menyumbang kepada pembangunan aset wakaf yang memberi manfaat berpanjangan kepada umat Islam.
No Comments