PWS MENYERAHKAN AGIHAN TABUNG WAKAF TUNAI RM146,520.00 KEPADA MASJID ALAM IMPIAN

PWS MENYERAHKAN AGIHAN TABUNG WAKAF TUNAI RM146,520.00 KEPADA MASJID ALAM IMPIAN

25 April 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerahkan agihan tabung wakaf bernilai RM 146,520.00 kepada Masjid Alam Impian hari ini.

Serahan cek cura telah disampaikan oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan disambut mesra oleh AF Ustaz Ibrahim Hamadi bin Mohd Yusof, Pengurus masjid berkenaan.

Agihan tabung wakaf tersebut adalah dari kutipan Tabung Wakaf Tunai yang diletakkan di Masjid, 33% dari hasil kutipan Tabung akan diserahkan balik kepada Masjid untuk menaik taraf di masjid tersebut.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada jemaah dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#andawakafkamiagih

#terimakasihpewakaf

#masjidalamimpian

No Comments

Post A Comment