31 Oktober 2025, Shah Alam – Program Tazkirah Jumaat bersama Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) yang diadakan di Masjid Al-Azhariah, Seksyen 18, Shah Alam disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin Mohamad Sharil, Penolong Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS.
Melalui penyampaian bertajuk “Wakaf: Persediaan Sebelum Kematian”, para jemaah diseru untuk memperkukuh kefahaman mengenai peranan wakaf sebagai amalan jariah yang menjadi bekalan berterusan selepas kematian. Ustaz Hafizuddin turut menekankan hikmah dan fadhilat wakaf yang bukan sahaja memberi manfaat kepada ummah di dunia, malah menjanjikan ganjaran yang kekal hingga ke akhirat.
Program ini turut diserikan dengan pembukaan kaunter wakaf oleh PWS bagi memberi peluang kepada para jemaah melaksanakan ibadah wakaf secara langsung di lokasi. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan PWS dalam memperluas kesedaran dan penghayatan masyarakat terhadap kepentingan wakaf sebagai sumber kekuatan ekonomi ummah dan bekalan pahala tanpa henti.
Wakaf adalah manifestasi kasih sayang insan terhadap ummah, satu sedekah yang terus mengalir walaupun jasad telah kembali ke pangkuan Ilahi.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments